Strategi yang penting ini memberi galakan kepada firma untuk mempertingkatkan operasi syarikat ke peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, firma tidak boleh memperkembangkan aktiviti antarabangsa ke tahap yang kita perhatikan semasa ‘post-World War II tanpa perubahan 2 kunci utama iaitu persekitaran politik dan persekitaran teknologi.
i) Perubahan dalam Persekitaran Politik:
Semasa separuh masa pertama abad ke-20, firma yang baru
ingin masuk ke dalam pasaran baru selalunya gagal disebabkan wujud pelbagai
halangan terhadap dagangan asing dan pelaburan yang dicipta oleh kerajaan
tempatan. Selepas Perang Dunia I, banyak Negara termasuk Amerika Syarikat,
Perancis, United Kingdom, dan Jerman kenakan tariff dan kuota ke atas barangan
import dan pihak yang lain yang membuat kontrak untuk kerajaan . Akibatnya,
perdagangan antarabangsa dan pelaburan merosot ketika era 1930an.
Walaubagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua, polisi ini bertukar. Kuasa yang
lebih besar mengadakan rundingan untuk mengurangkan tariff dan kuota dan
memansuhkan halangan kepada FDI di dalam kawasan mereka. Kebanyakan pengurangan
dirunding melalui General Agreement on Tariff and Trade (GATT). Pihak yang
terlibat contohnya ialah Kesatuan Eropah, Mercosur Accord dan North American
Free Trade Agreement. Juga melonggarkan halangan dagangan dan pelaburan di
kalangan ahli-ahlinya.
ii) Perubahan Teknologi:
ii) Perubahan Teknologi:
Perubahan dalam
polisi kerajaan menggalakkan aktiviti perniagaan antarabangsa. Kemajuan dalam teknologi
yang secara lebih terperincinya dalam komunikasi, pengangkutan, proses
penyampaian maklumat menjadikan perniagaan antarabangsa lebih berjaya dan
menguntungkan. Fikirkan mengenai kesukaran mengendalikan perniagaan di
peringkat antarabangsa di mana pengangkutan utamanya ialah kapal layar, bentuk
utama pemprosesan data ialah kertas dan pensil, dan cara utama komunikasi ialah
melalui surat yang diserahkan oleh posmen dengan kudanya. Kemajuan pengangkutan
semasa 150 tahun yang lalu- daripada kapal layar kepada kapal wap, kepada kapal dan kepada
kapal terbang- ini bermakna pengurus di London tidak perlu lagi menghabiskan
masa 1 minggu hanya untuk berjumpa rakan niaga di New Delhi, Toronto, ataupun New York. Kecanggihan dalam pengangkutan
juga menyebabkan perkembangan dalam bidang pelancongan antarabangsa di mana
bidang tersebut merupakan komponen terbesar dalam perkhidmatan perdagangan
antarabangsa. Peningkatan dalam perkomputeran dapat mempercepatkan proses
penyaluran pelbagai maklumat yang membolehkan firma menguruskan pejabat dan
kilang yang terletak di setiap pelosok dunia. Sebagai contoh, Exxon Mobil,
bergantung kepada komputer untuk mengawal hasil pengeluaran secara berterusan
daripada kilang dan tangkinya dalam usaha untuk memenuhi perubahan permintaan
dunia terhadap produknya. Perubahan dalam teknologi komunikasi, contohnya proses
faksimili dan mel elektronik, membolehkan pengurus di Tokyo menerima laporan
daripada rakan sekerja dari Amsterdam, Abidjan, dan Auckland dalam tempoh
beberapa saat berbanding berhari-hari sebelum ini. Kecanggihan teknologi proses
pengurusan perniagaan yang berjarak jauh menjadi lebih mudah pada masa kini.
Globalization and
Emerging Market / Proses Globalisasi dan Kemunculan Pasaran
Kita sedar bahawa proses globalisasi menggalakkan
aktivit perniagaan antarabangsa. Perubahan politik seperti yang dibincangkan
sebelum ini memainkan peranan yang penting dalam proses ini. Semasa perang
dingin di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union, banyak sarjana membahagikan
dunia kepada 3 bahagian: Dunia Pertama, terdiri daripada yang kaya, Negara
perdagangan besar dari Eropah Barat, Utara Amerika, Australia, dan sebahagian
Asia, yang kebanyakan daripadanya mempunyai hubungan diplomatik dengan Amerika
Syarikat; Dunia Kedua terdiri daripada
Soviet Union dan Negara Komunis; dan Dunia Ketiga pula terdiri daripada Negara
berpendapatan rendah dan sederhana yang terdiri daripada Amerika Latin, Afrika,
dan kebanyakan Negara di Asia. Kebanyakan aktiviti perniagaan antarabangsa
mengambil tempat di kalangan Negara Dunia Pertama. Negara Dunia Kedua meyekat
mereka sendiri daripada berniaga dengan Negara Dunia Pertama, manakala Negara
Dunia Ketiga dilihat sebagai pembekal utama bahan mentah dan komoditi kepada
Negara Dunia Pertama.
Tiada lagi kes: Kecundangnya Komunis Eropah, perubahan ideologi
dan polisi yang diambil alih oleh China dan India, dan pengurangan halangan
dagangan telah merubah keadaan pasaran global. Shakespeare pernah berkata, “ All the world’s a stage.”. Hari ini
pakar perniagaan mengenalpasti bahawa peluang perniagaan tidak lagi terhad
kepada pasaran tradisi Eropah Barat, Amerika Utara ataupun Jepun. Hari ini,
kebanyakan perhatian lebih fokus kepada apa yang dipanggil “emerging market”,
Negara yang lebih maju dalam pertumbuhan dalam perdagangan yang melebihi dari
pasaran tradisi. Banyak syarikat mendapati kebanyakan hasil jualan dan
pertumbuhan keuntungan sebagai penyebab kepada petumbuhan pasaran/ sebagai
contoh, jualan L'Ore’l's di China, India, dan Rusia meningkat 30% pada tahun 2007;manakala
Amerika Utara hanya 4.8%.
Tiada istilah umum yang diterima dalam mendefinasikan
Negara yang boleh dikategorikan dalam kategori pasaran. Sesetengah sarjana
meletakkan had kepada Negara BRIC- Brazil, Rusia’, India dan China. Sesetengah
penyelidik pula menggunakan istilah “Big Ten”-Argentina, Brazil, China, India,
Indonesia, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Kore Selatan dan Turki. Penyelidik
yang lain pula mempunyai definasi yang lebih luas, termasuk Negara yang paling
bukan berpendapatan tinggi di Afrika, Asia, Eropah Timur, dan Amerika Latin.
Tanpa merujuk maknanya, ianya jelas sekali bahawa perniagaan antarabangsa yang
mengabaikan kemunculan pasaran melakukannya dengan menanggung sendiri
risikoyang terjadi. Pertimbangkan kemunculan pasaran, China dan India,
dianggarkan jumlahnya meliputi 1/3 daripada jumlah populasi dunia. Ekonomi
mereka berkembang pesat melebihi Negara-Negara lain.
0 comments:
Post a Comment