- Sesebuah
organisasi yang besar menjalankan aktiviti urus niaga melintasi sempadan
sesebuah negara yang melibatkan operasi antarabangsa atau dipengaruhi oleh ekonomi global.
- Kepentingan
perniagaan antarabangsa iaitu pasaran yang luas membolehkan pengeluaran
menambah keluaran dan keuntungan dengan menambahkan bekalan bahan mentah,
peralatan dan bersaing dengan firma luar negara serta memasuki pasaran
luar.
- Menambah
peluang untuk meluaskan perniagaan dan memberikan lebih banyak peluang
pekerjaan untuk mangatasi masalah penganguran
- Bergerak
seiring dengan pesaing di masa hadapan dengan memastikan kemahiran global
dan pengetahuan membantu dalam membina kerjaya.
- Untuk mengikut perkembangan teknik dan peralatan perniagaan
terkini. Sebagai contoh firma Jepun telah mempelopori teknik pengurusan
inventori seperti ‘Just in time’ (JIT).
- Budaya masyarakat yang berbeza dari segi cita rasa dan keperluan pengguna. Memahami dan menghargai persamaan dan perbezaan latar belakang budaya. Mempelajari tentang cara kehidupan masyarakat lain.
Import dan Eksport
- Perniagaan
eksport ialah aktiviti menghantar atau mengirim barang-barang dagangan dan
perkhidmatan tempatan ke luar negera untuk dijual. Contohnya Malaysia
menghantar getah ke Rusia dan sebahagian besar negara-negara
barat.
- Perniagaan import ialah aktiviti membawa masuk atau membeli barang-barang dagangan dan perkhidmatan dari luar negera dan di jual di negara sendiri. Contohnya membeli beras dari negeri Thailand dan Burma bagi menampung permintaan pengguna
0 comments:
Post a Comment