Total Pageviews

Tuesday, 21 January 2014

PELABURAN ANTARABANGSA


Firma asing melakukan pelaburan dengan memiliki aset asing untuk mendapatkan pulangan kewangan Ia dibahagi kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Portfolio Asing (FPI)

Pelaburan Langsung Asing (FDI)

• Firma asing melakukan pelaburan dengan memiliki firma tempatan

• Pemilikan ini membolehkan firma asing mempunyai kuasa mengawal firma tempatan

• Faktor yang mendorong pelaburan asing seperti ketiadaan sumber asli di negara sendiri, keinginan untuk meningkatkan daya saingan kerana penyesuaian yang cepat terhadap keperluan di pasaran asing dan lain-lain

Pelaburan Portfolio Asing (FPI)

• Firma asing melakukan pelaburan dengan membeli aset kewangan seperti bon, saham dan sebagainya yang diterbit oleh firma tempatan

• Tujuannya adalah untuk mendapat pulangan ke atas dana yang dilaburkan

Lain-lain Bentuk Aktiviti Perniagaan Antarabangsa

Perlesenan

• Pemberian kebenaran oleh licensor kepada licensi untuk mengeluarkan atau memasarkan jenama produk atau perkhidmatannya bagi satu tempoh tertentu

• Licensor memberi hak menggunakan proses pengeluaran, cap dagang, paten, rahsia niaga dan sebagainya yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatannya kepada licensi

• Licensi terpaksa membayar royalti kepada licensor

Francais

• Pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk menggunakan sebarang kepakaran pembuatan atau perkhidmatan, teknik pemasaran, cap dagang, paten dan sebagainya untuk mengeluarkan dan memasarkan produk

• Francaisor akan menyampaikan pengetahuan, imej, kepakaran pembuatan atau perkhidmatan dan teknik pemasaran kepada francaisi

• Francaisi akan membayar royalti kepada francaisor dan dibenarkan menggunakan nama syarikat dan menerima bantuan dari francaisor untuk memulakan perniagaan di sesuatu kawasan tertentu

Kontrak Pengeluaran

• Pemberian kebenaran daripada syarikat asing untuk mengeluarkan dan memasarkan alat-alat komponen, barang separuh siap atau barang siap di pasaran tempatan dan pasaran asing

• Syarikat asing akan memberi lesen untuk mengeluarkan dan memasarkan alat-alat komponen, barang separuh siap atau barang siap

• Syarikat tempatan dikehendaki membayar royalti kepada syarikat asing tersebut



0 comments:

Post a Comment